blog ana tekah berpindah ke http://blogdaie.blogspot.com/..segala kesulitan amat dikesali..sekian..wassalam

Assalamualaikum..lame benor rasenye tak menconteng kat blog ni…nak kate sibuk takla sibuk bnor rasenye..nak kate takde masa, tipula rasenye kalo kate takde masa pasal Allah dah bagi banyak masa sbnornye…Allah bagi kite 24 jam, 1440 minit, 86 400 saat dalam sari..rasenye terlebih cukup kalo nak buat sumting…just kite je sbnornye tak reti nak nak gunekan masa dgn sebaik mungkin…

Firman Allah dalam surah Al-Asr :

Demi masa (1). Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian (2). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran (3).
Allah dah bagi peringatan pun kat kite supaya kite hargai & gunakan masa dengan sebaik mungkin…kalo tak kite tergolong dlm golongan manusia yg sentiase dlm kerugian…rugi ape???? Dalam kitab Tafsir Fi Zilalil quran karangan Sayyid Qutb menerangkan biarpun selanjut mana waktu pada seluruh zaman dan sepanjang mana kelangsungan hidup manusia pada semua masa, namun di sana hanya ada satu cara dan satu jalan hidup sahaja yang membawa keuntungan dan keselamatan. Itulah cara dan jalan hidup yang telah dijelaskan sempadan-sempadan dan batu-batu tandanya dalam surah ini. Selain cara hidup ini adalah sia-sia dan rugi belaka. So, kalo kite rase-rase taknak termasuk dlm golongan orang-orang yg rugi kat dunia & akhirat, rasenye elok kite gunakan mase dengan buat bende2 yang berfaedah pada diri kite & terutamanya pada agama kite.

Minggu lepas kecoh 1 Malaysia harge minyak petrol ngan diesel naik melambung-lambung seperti orang melambung bola, ibu melambungkan anaknye dan kejadian melambung yang seangkatan ngannye..mane tak kecoh, dulu harge minyak petrol RM 1.92, sekarang ni dh naik jadi RM 2.70 utk seliter..ni disebabkan harge minyak mentah dunia dh naik jadi $138 se tong…tapi tak taula besor mane tong tu..besor tin milo ke..besor tong biskut timbang kati yang selalu jual kat kedai2 runcit tu ke..or maybe sebesor tongkang…tapi kalo besor tongkang untungla ek…hehehe.

Petang pengumuman harge minyak naik, stesen minyak dah jadi mcm tempat pusat membeli belah dh..ramai bnor org nak ngisi minyak full tank..yela kan, rugila tak isi full tank time harge minyak still murah. Aku pun tak ketinggalan nak ngisi minyak penuh gak..so aku pun berlari-lari anak tapi bukan ke stesen minyak..tapi ke kete aku. Yela, kalo berlari-lari anak gi stesen minyak tanpa menaiki kete, nak isi kat mane, takkan nak isi minyak dlm perut aku ni plk..mestila nak isi kat kete kn..heheh.

Jenuhla aku memusing mencari stesen minyak yg tak bnyak kete..tapi sumenye penuh..ni kalo tunggu ni koman2 2jam baru dpt isini..tapi berbekalkan skill mencilok yg mmg dh ade kat diri ni, aku pun meng’apply’kan skill tu time tu..jenuh gak nak cilok..tapi tak kisahla..yang penting matlamat untuk isi full tank harus dicapai walau ape jua keadaan sekalipun..hehe..last-last lepeh nunggu lebih kurang 40 minit, dptla ngisi full tank kete ni..skrg full tank RM35..lepeh ni brape la gamaknye full tank kete ni..tak penah isi full lagi psl minyak still bnyk lagi dlm tangki tu..biasela,tak gune sep minyak. Kete aku skrg ni jadi bende hiasan je kat umah..maleh nak gune.heheh..gamaknye lepeh ni full tank mau nk dkt RM50 rasenye.

Orang ramai pun banyak yang merungut dengan isu kenaikan harge minyak ni..dalam salah satu temu bual dengan salah seorang rakyat Malaysia yang tak mau didedahkan identitinye berkate:

Wartawan : ape pendapat encik tentang harge minyak yg dah naik skrg ni???
Pakcik : pakcik dah terase sengal-sengal ubi gak ni dengan kenaikan harge minyak ni..
Wartawan : kenapa sengal-sengal ubi plk???
Pakcik : mane taknye, minyak dh mahal..kene la kuor duit bnyk gak nak isi minyak..
Wartawan : pakcik pakai kenderaan pe ye??
Pakcik : pakcik mane ade kenderaan..mane mmpu nak beli kete ke, motor ke,mahupun
lori..lagipun pakcik mane ade lessen B2 ataupun D.(sambil ketawa terguling-guling)

lepas tu temubual terpakse terhenti disitu dan ambulan datang ke tempat kejadian dengan segera..dipercayai pakcik tu terpakse dimasukkan ke hospital akibat tertelan mikropon.

Aku pun ingat nk membatalkan niat aku nak bwk kete kat u sem dpn memandangkan harge minyak dh naik..baik tumpang mmbr2 aku je..takpun aku bwk je motor..lagi sep. Tarpi rase-rase ingat nak tempah unte or kude ke kat member-member mesir yg nak blk hujung tahun ni..rasenye lagi sep psl takyah isi minyak kat unte or kude tu..just bagi mkn je..boleh jimat giler tu..tapi kalo nak naik unte balik u mau kene bertolak seminggu awal tu..hehe.

Ape-ape pun yg terjadi kat Malaysia & dunia amnye, kite terpakse trime. Kite tak bleh jangka ape yg akan terjadi nnti. Skrg ni minyak RM 2.70 se liter..mane tau 10 or 20 tahun akan dating minyak dh jadi RM10 se liter..mase tu rasenye tak mrase lagi dah nak isi minyak RM2 ntuk moto..tringat time mude-mude remaja dulu..time merempit dulu..isi minyak RM2 pun dh leh g ipoh mkn McD..skrg ngn mase akan dtg tak mrase dh..koman RM5 baru leh smpai pecan je kot…hehehe. So skrg ni kite kenela berjimat cermat..agak mane yg mmbr2 yg bwk kete tu pakat2la tumpang..n mmbr yg ade kete tu jgnla kedekut plk nk bagi tumpang..duit minyak tu bleh gak di ‘tong-tong’kan..

Sekian..wassalam.

Soalan dari sahabat ana, Fahmi berkaitan isu murtad Siti Fatimah membuatkan ana terpanggil untuk meneliti kes ni. Sebelum ana hanya membaca kes ni di akhbar. Persoalan yang diajukan adakah betul tindakan mahkamah mensabitkan murtad terhadap Siti Fatimah walau hakikatnya memang die tak pernah nak mengamalkan ajaran Islam since masuk Islam. Selepas berita ni tersebar, kecoh sehingga membawak isu ni ke parlimen.

Terdahulu, Siti Fatimah, 38, atau nama asalnya Tan Ean Huang, memfailkan permohonannya itu terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku defendan. MAIPP diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abdul Aziz. Beliau mendakwa tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian. Fatimah yang berasal dari Nibong Tebal dalam afidavitnya memohon keluar daripada Islam kerana beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dia memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004. Beliau yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin berkata: “Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia. Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah.”

Datin Seri Wan Azizah pula berkata: “”It is her right to return to her original religion. The state islamic religious council should show more concern over the welfare of Muslim converts like Siti Fatimah.”

Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula mengulas: “She has not practiced Islam since 1999.”

Lim Guan Eng pula menyifatkan apa yang berlaku sebagai “a welcomed move”.

Rata-rata menteri menyokong tindakan hakim mengiktiraf murtad Siti Fatimah. MasyaAllah..mudahnya kite ni melepaskan tanggungjawab kite as a muslim terhadap kalimah syahadah yang pernah diucapkan oleh Siti Fatimah sebagai kesaksian memeluk Islam. Rasenye seperti kite tak trase responsible langsung tentang saudara baru ni. Maybe dalam ati kite ni berkate “dah die nak kluar,lantakla..” or “ape gune nak tahan orang nak murtad pasal die sendiri taknak & tak pernah amalkan ajaran Islam”…mudahnye mentality kite dalam menangani kes ni..

Dalam Quran ade menyebut:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan (saudara baru) yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 60)

Dari ayat tersebut jelas menunjukkan peranan kite as a muslim yang mengaku beriman untuk guide saudara baru kite dalam mendalami Islam dengan sebenar-benarnye. dalam kes ni, sepatutnye kite memberi peluang kepada Siti Fatimah untuk die berfikir dulu, beri kaunseling sepenuhnye, panggil golongan alim ulama’ untuk guide die supaya die berubah fikiran untuk tak keluar dari Islam. Ilmu ana ni pun bukanlah tinggi benor untuk menyalahkan pihak mahkamah dalam menjatuhkan hukuman, tapi pendapat ana adalah wajar untuk diberi sedikit ruang dan masa untuk die berfikir dan dalam masa yang sama, kite cube melakukan proses tarbiyah padanya agar hatinye terbuka untuk kembali mengamalkan ajaran Islam. Bila kita terpaksa bercakap soal undang-undang maknanya kita telah terlambat. Undang-undang penting, tetapi proses tarbiyah melalui pendidikan lebih penting berkali ganda. Di dalam kita memperjuangkan kedaulatan undang-undang Islam, usaha mendidik perlu dijalankan seiringan.

Jika kita lihat kes ni, memang sudah jelas tiada siapa pun yang memberi bantuan untuk membimbing Siti Fatimah dalam mengenal Islam. Mungkin die memeluk Islam dulu semata-mata atas dasar perkahwinan, bukannya atas dasar keikhlasan hati untuk benar-benar memeluk Islam,tapi itu bukanlah alasan untuk kite tidak melakukan proses tarbiyah dan membimbingnye agar die mengenal & mencintai Islam dengan sebenar-benarnye.

Pendapat yang diutarakan oleh sahabat ana, Fahmi bahawa kes ni akan beri impak yang besar dalam isu murtad ni. Ana bersetuju. Cube kite bayangkan selepas ni berpusu-pusu orang ke mahkamah untuk memohon dirinye keluar dari Islam atas alasan die tak pernah amalkan ajaran Islam..adakah mahkamah sanggup lagi mengeluarkan keputusan orang ni sudah murtad??? Mudahnye nak kluar dari Islam..hanya memohon di mahkamah, & anda layak untuk murtad..adakah ni yang kite mahukan?????

Saidina Abu Bakar r.a. memerangi golongan murtad selama lebih kurang 10 bulan bermula dari awal pemerintahannya dalam berbelas-belas siri peperangan. Di dalam peperangan Yamamah sahaja terkorban seramai 1,200 orang syuhada’ demi misi ini. Mereka yang diperangi adalah golongan yang mendakwa bahawa diri mereka adalah nabi, para pengikut nabi-nabi palsu tersebut serta golongan yang enggan membayar zakat kerana menganggap zakat tidak wajib.

Kita lihat betapa seriusnye Saidina Abu Bakar dalam menangani isu murtad ni. Jika Saidina Abu Bakar r.a. mengambil tindakan yang keras, kenapa kita pula berlembut pada hari ini? Kenapa kite perlu tunduk kepada kemahuan mereka???

Kenapa kite tak serik-serik dengan kes Nyonya Tahir dan kes Lina Joy. Cukuplah dan cukuplah kes-kes yang banyak tersembunyi berkenaan isu murtad ini. Selepas ini kes apa pula jika tiada tindakan yang kita ambil?

Setiap pihak khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang perlu mengambil pengajaran daripada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Perbaikilah segala kelemahan supaya insiden sama tidak berulang. Jangan kita hanya menumpukan kepada jawatan saja tanpa memenuhi tuntutan jawatan itu.

Perubahan kaedah dan cara dakwah juga perlu dilakukan serta merta. Ana yakin ada banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di luar sana yang sanggup membantu Majlis Agama Islam menegakkan syiar Islam serta dakwah kepada orang bukan Islam serta di kalangan orang Islam. Sama-samalah kita berganding bahu demi untuk memartabatkan Islam.

wallahualam

Bahasa Jepun adalah salah satu bahasa yang unik untuk dipelajari. Ana amat berminat tentang bahasa jepun selain bahasa melayu, inggeris dan juga arab. Maybe pasal ana minat tengok anime jepun. Sebab tu la ana nak sangat belajar bahasa jepun. Cita-cita dulu nak sambung belajo kat Jepun, tapi maybe takde rezeki lagi. InsyaAllah suatu hari nnati ana akan sampai juga kat sane. So ana rase elok juga kite berkongsi sedikit ilmu tentang bahasa Jepun ni. Disamping boleh menambahkan lagi bahasa yng kite tau.

Kata Penghubung ( wo ) – objek

Pelajaran pertama ni ana nak terang pasal nahu bahasa jepun..tentang kata hubung. Kata hubung “Wo” (を) di gunakan untuk menggambarkan objek bagi kata kerja di dalam ayat. Ianya di letakkan di belakang perkataan yang mana adalah objek bagi kata kerja. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-

Sakana-wo taberu
Makan ikan

Orenjijuusu-wo nomu
Minum jus oren

Nihongo-wo benkyousuru
Belajar bahasa jepun

Shinbun-wo yomu
Membaca suratkhabar

Perkataan Baru

Sakana = Ikan
Orenjijuusu = Jus oren
Shinbun = Suratkhabar

Kata Penghubung ( dake ) – hanya

“Dake” sekiranya di terjemahkan ke bahasa melayu membawa maksud “hanya”. Cara penggunaannya adalah seperti berikut:-

Abu-san dake (ga) kimashita.
Hanya abu yang telah datang.

Honda-san-wa mareeshia-he ichido-dake ikimashita.

Encik honda pernah pergi ke malaysia hanya sekali saja.

Kono kuruma-wa mizu-dake-de ugokimasu.
Kereta ini bergerak hanya dengan air.

Kono-hon-wa takai-dake-de zenzen omoshirokunai.

Buku ini hanya mahal saja, tidak menarik langsung.

Perkataan baru

kimashita = telah datang
ichido = sekali
kuruma = kereta
mizu = air
ugoku = bergerak
takai = mahal
zenzen omoshirokunai = tidak menarik langsung

InsyaAllah kite akan sambung lagi ilmu tentang bahasa Jepun di siri yang akan datang. Ilalliqa’….

DAYUSKAH KITA

Merekahlah dadaku mengenang rentetan
Peristiwa Islam tak terbela,
Saudara teraniaya rintihan mereka
Tanpa belas simpati
Tiada yang mengurai

Jeritan mendayu semakin memilu
Kesangsian dalam pengharapan
Simpati kegersangan karamlah harapan
Sebuah kedamaian menjadi igauan….

Somalia lemas dalam kebuluran
Afghanistan sering di buru kegusaran
Iraq kini ditindas tanpa kasihan
Bosnia bagaikan detik yang paling kejam.

Palestin dalam perjudian,
Menunggu saat tibanya penentuan
Di manakah maruah Islam
Ummahnya bak tiada wibawa
Tak tercabar walau di hinakan sehinanya

Mereka itu saudara kita
Yang berhambur nyawa kesyahidan
Mereka itu puteri-puteri kita
Yang di cabul hingga semahunya

Sedang kita bagai tak tersapa
Tersenyum tertawa bagai merelakan
di manakah perasaan
masih berbangga di dalam kedayusan
tak tercabar walau di ludah ke muka…

menitislah air mataku
di jendela kesayuan
merenung kekelaman
menitislah airmataku
di jendela kesayuan
merenung kegelapan

malam tak berbintang mengharap fajar bersama sinaran mentari
kemenangan…

Dayuskah Kita – as shoff (http://www.imeem.com)

Lirik lagu dari kumpulan As-Shoff ni ana rasa amat menyentuh jiwa ana. First time dengar lagu ni, terasa sedih, sebak, marah kerana diri ni tak mampu nak tolong langsung saudara-saudara kite yang sedang menderita kat sane akibat perbuatan kejam rejim zionis. Moga Allah menyegerakan pertolongan terhadap hamba-hambaNya yang telah diinayai itu.

Kita kerap kali mengucapkan “zalimnya zionis”,“kasihan Palestin!” dan itulah yang diulang-ulang setiap kali tersiarnya serangan baru di tebing barat. Tapi hanya itu sahaja yang mampu kita ucapkan tanpa bebrbuat ape-ape tindakan untuk menghalang keganasan Israel di bumi arab tu. Nabi Muhammad pernah bersabda :

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah saw,dari Rasulullah saw, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Kite selalu je tengok orang menangis@touching bile tengok cite hindustan, menangis bile tengok drama yang sad ending, nangis bile dengor lagu cintan-cintun ni…tapi teramat jarang kite melihat orang menangis melihat penderitaan saudara-saudara Islam kite di Palestin, Afghanistan dan Iraq. Cuba kite muhasabah diri kite balik di tahap manakah iman kite terhadap Allah. Cukup ke hanye dengan berdoa walhal kite mampu buat lebih dari berdoa???Mungkin kite kurang berkemampuan untuk pergi kesane mengangkat senjata melawan musuh-musuh Islam, tapi kite still ade care untuk membantu saudara-saudara kite kat sana.

Alhamdulillah masih ade walaupun sekelumit umat Islam yang still sedar and ingin bantu saudara-saudara kite ni. Jika kite lihat arini, umat Islam berusaha memboikot barang buatan yahudi@Israel. Kalau kite tak mampu ngan cara berperang, kite gunakan cara lain. Contohnye kite elakkan diri kite dari makan megi ke, makan kfc,McD,etc.(tapi kadang-kadang tergune gak). Yang penting kite ade sumting yang kite buat demi membela umat Islam. itu lebih bagus daripada tak buat pape langsung.

Secara sedar atau tak,atau separuh sedar, kejap-kejap sedar kejap-kejap tak, lepas isu karikatur Rasulullah, timbul pula isu terbaru penghinaan terhadap Islam tentang tuduhan keji terhadap Al-Quran di Belanda. Yang terbaru usaha untuk mencemarkan imej Alquran telah dirancang rapi oleh anggota parlimen Belanda Geert Wilders dengan menerbitkan filem bertajuk ‘FITNA’. Saya sendiri melihat filem ‘FITNA’ ni untuk tengok macam mane dorg kutuk habis-habisan Islam, Quran & juga Rasulullah S.A.W. Kitab suci junjungan umat islam ini dituduh sebagai ilham untuk bersikap tidak bertoleransi, melakukan pembunuhan dan keganasan kepada non muslim serta mengajarkan untuk membentuk negara islam secara paksa. Al Quran disamakan dengan Mein Kampf, buku ideologi yang ditulis Adolph Hitler dan para muslim disaran untuk merobek robekkan al-quran jika mahu terus tinggal di Belanda.

Ape perasaan umat Islam bile dapat tahu tentang filem ini???? MARAH??? SEDIH??? Umat Islam mungkin terkesan dengan penghinaan seperti ni. Sama juga kalau orang lain hina kite or mak bapak kite, tentu sekali kite boleh marah & naik angin kan.(jangan buang angin dahla.heheh). Kitelihat umat Islam di seluru dunia mengutuk tindakan Geert Wilders tu. Banyak demonstrasi dan juga perhimpunan diadakan untuk mengutuk perlakuan Geert dan menyuruhnya memohon maap. Pihak-pihak yang mungkin terekstrim, mungkin akan mengambil jalan pintas dengan membunuh nya.

Cara memboikot barangan buatan Belanda saye rase amat tepat sekali. Mungkn kite tak mampu melawan dari segi peperangan, tapi sekurang-kurangnya kite melawan mereka dari berhenti menggunakan & membeli barangan buatan Belanda. Kite lihat hebat semangat umat Islam dalam menegakkan kembali maruah Islam yang tercalar. Inilah salah satu manifestasi iman yang amat-amat dituntut.

Tapi saya tetap rase sedih dengan sikap umat Islam sendiri. Kita cepat melatah dan melenting apabila dicucuk oleh Belanda baru-baru ni. Tapi kite tak menunujukkan sebarang reaksi mahupun pertolongan selama berpuluh-puluh tahun apabila yahudi atau rejim zionis membakar kite hidup-hidup sebenarnye. Mane pergi semangat untuk mengembalikan syiar Islam di Afghanistan, Iraq dan juga di Palestin??? Adakah mereka bukan Negara Islam??? Adakah mereka bukan saudara sesame Islam kite??

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tak akan senang ngan kebangkitan cahaya agama ni. Tetapi yakinlah bahawa masa depan adalah untuk Islam walau tidak ade sesiape pun yang membela agama ini kerana Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Firman Allah:

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justreu) menyempurnakan cahaya-Nya walau orang-orang kafir membencinya. (61:8)

Saudara-sudara kite di Iraq, Palestin, Afghanistan sedang berjihad dengan titisan air mata, titisan darah syahid yang sememamngnya Allah telah janjikan syurga buat mereka. Cuma persoalan yang bermain di fikiran saye, sampai bile episod perjuangan yang terpakse dibayar dengan darah ini akan berakhir??? Saye berpesan pada diri saye sendiri dan juga seluruh umat Islam yang mebaca blog ni supaya tanamkan sifat ingin berjuang & sanggup korbankan jiwa, harta, tenaga serta ilmu sebagai kecintaan kita terhadap Allah & Rasulullah walaupun kite tak mampu nak angkat senjata melawan musuh-musuh Allah. Biar kite Daulatkan Islam dalam diri kite dahulu.

Maka bangun & bangkitlah wahai sahabat-sahabat sume, mungkin masih ade yang terlena diulit mimpi-mimpi indah yang diberi oleh musuh-musuh Allah dan syaitan laknatullah. Sekarang ni bukan mase untuk kite bersenang lenang lagi. Sekarang ni buikan mase untuk kite bergelak ketawa, tetapi mase untuk kite bangun dari lamunan, bangun untuk same-same kite mengembalikan kegemilangan dan maruah Islam seperti dahulu. Moga Allah member kita sedikit kemudahan dalam usaha kite menegakkan kembali syiar Islam yang semakin hari semakin pudar. InsyaAllah!!!

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku…”

Huraian
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” “Maka di antara manusia ada yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia’. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.’ Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.” (al- Baqarah : 200-202).

Jika kita memahami benar-benar hadith diatas, sudah tentu kita akan merasai betapa pentingnya doa dalam kehidupan kita ni. Tapi jika kita lihat senario akhir zaman ni, boleh dikatakan umat akhir zaman ni hanya berdoa bila berada dalam kesusahan & nak kan sesuatu hajat. Bila hidup dalam kelapangan, kita mudah lupa. Kadang-kadang tu ana tengok lepas solat je terus bangun & pergi tanpa berdoa. Tapi takla semua, hanya segelintir saje. Alangkah ruginye diri kite jika kite tak berdoa kepadaNYA yang memang sudah di akui akan memenuhi segala hajat kita. Itu janji Allah kepada hamba-hambaNYA yang soleh yang sentiasa istiqamah dalam beribadah. Sebagai contohnya, katakanla kite nak apply scholarship untuk belajo, tapi bile time interview kite buat main-main, tak bersungguh-sungguh nak buat betul-betul interview tu. Adakah anda rase boleh dapat scholar tu??


Samala jugak ngan berdoa memohon sesuatu hajat, adakah Allah akan tunaikan permintaan kite jika dahi kite ni kadang-kadang je cecah sejadah?? Adakah Allah akan tunaikan permintaan kite jika pose pun kadang-kadang cukup,kadang-kadang tak?? Adakah Allah akan tunaikan permintaan kite jika quran hanya dijadikan bahan perhiasan dlam almari sampai berhabuk setebal 12 inci?? Adakah Allah akan tunaikan permintaan kite jika nak doa pun taknak?? So tak yahla nak menyalahkan takdir Allah jika ape yang kite nak tak dimakbulkan oleh Allah. Tapi seharusnya kite muhasabah diri kite balik adakah kite ni layak dimakbulkan permintaan kite kalau nak compare ngan tak brape istiqamah dalam ibadah yang kite lakukan. Diharapkan selepas ni kite(termasuk ana sekali) dapat berhijrah supaya kite lebih istiqamah dalam ibadah kite. Dengan itu moga segala yang kite doa kan & hajatkan akan dimakbulkan Allah..InsyaAllah.